Thursday 9 October 2014

IKHWAN ALSAFA

Ikhwan al-Safa
Assalamualaikum sahabat2 sekalian ..


Entry saya pada hari adalah mengenai ahli falsafah islam yang dikenali sebagai The Brethren of Purity (Ikhwan al-Safa )


Ikhwan al-Safa' merupakan satu gerakan bawah tanah yang ahlinya terdiri daripda golongan ahli falsafah . Gerakan Ikhwan al-Safa' berasal daripada golongan puak Ismailliyah dan lahir ditengah-tengah komuniti Sunni di Basrah pada abad ke 4Hijrah. Ikhwan al-safa' dikenali juga sebagai The Brethren of Purity(Persucian persaudaraan).Gerakan ini sangat mementingkan hubungan persaudaraan di antara ahli gerakan sekaligus menganggap ahli gerakan Ikhwan sebagai keluarga mereka. Nama penuh gelaran Ikhwan al-Safa' diambil berdasarkan satu watak yang mereka sanjungi dalam buku Kalilah wa Dimnah iaitu Ikhwan al-Safa Khullan al-Wafa wa Ahl al-Hamd wa Abna al-Majd.Organisasi Ikhwan al-Safa diketuai oleh Ahmad ibn Abdullah, Abu sulaiman Muhammad ibn Nashr al-Busti, Zaid bin Rifaah dan Abu Hassan al-Zanjany.Ahli kumpulan Ikhwan dihantar ke bandar-bandar tertentu bagi menyampaikan falsafah mereka. Ahli kumpulan Ikhwan al-safa' dibahagikan kepada empat peringkat :


1. Peringkat murid berusia 15-30tahun yang wajib mentaati perintah guru


2. Peringkat berusia 30-40 tahun yang dikenali sebagai al-Ikhwan al-Akhyar yang mampu menjaga persaudaraan dan kesih sayang.


3. Peringkat umur 40-50 tahun yang dinamakan al-Ikhwan al-Fudhala al-Kiram, mereka yang menerima wahyu dan mencapai tahap kenabian.


4.Peringkat berusia 50 tahun, mereka digelarkan golongan muqarrabun yang memahami hakikat dan makrifat serta mencapai taraf malaikat.


Karya Ikhwan al-Safa' merupakan catatan ensiklopedia yang mengandungi 50 risalah dengan empat bidang ilmu iaitu:


1. Matematik(14 risalah)


2. Fizik dan Geografi (17 risalah)


3. Psikologi (10 risalah)


4. Teologi (11 risalah )




Karya ii dinamakan sebagai Rasail Ikhwan al-Safa'. Mereka tuturt melakukan ringkasan Rasail yang dinamakan sebagai al-Risalat al-Jami'ah.Rasail Ikhwan al-Safa' menceritakan kajaian mereka terhadap alam tabii dengan matlamat menggarap hikmah pencipta-Nya.Pemerhatian manusia terhadap objek alam mampu menemukan kewujudan yang hebat lahir dari kewujudan artisan sempurna.Rasail ini juga menceritakan mengenai hubungan manusia dengan pencipta-Nya.Mereka mengatakan belajar mengenai nombor itu mampu membawa kepada pencapaian ilmu tertinggi iaitu "Makrifatullah" (mengenal Allah).




Falsafah Ikhwan al-Safa' ialah "sedapat-dapatnya manusia dengan tuhan"falsafah i menunjukkan cara untuk mendekatkan semula golongan elit di muka bumi ini dengan Tuhan Yang Maha Pencipta. Selain itu, falsafah Ikhwan al-safa' mengenai alam ialah "seluruh alam itu satu sebagaimana bandar itu satu, seekor binatang itu satu dan seorang manusia itu satu. Ikhwan mengatakan angka merupakan anak kunci bagi memahami benda yang wujud dalam alam semesta. Ikhwan mengatakan simbol angka penting untuk menghubungkaitkan yang banyak dengan yang sikit dan memperjelaskan keharmonian yang merangkai alam semesta. Kesimpulannya, Ikhwan al-Safa' merupakan olongan falsafah yang ingin mendekatkan manusia dengan falsafahnya sekaligus mencapai keharmonian hidup.

Sunday 14 September 2014

b.L.o.G





B.L.O.G 
saya masih lagi menghadap blog yang xsiap ni .. terkial2 nak buat blog yg cntik .. aishh .. timbul pulak rasa jeles kpd mereka2 yang pandai berblog .. .  Pasti kreatif n inovatif blog nye.. Untunglaa..
However, I'm trying to do the best for my blog .Oh my blog ~

B.L.O.G
Blog blh dijadikan sebagai medium utk berdakwah . Perkongsian ilmu dan idea2 menarik blh didapati di dalam blog. Pasti akan ada yang membaca idea2 yang dikongsikan. Xperlu rasa penat menulis atas perkongsian yang dilakukan =)  Jom share2..

B.L.O.G

Philosopher corner. First lecture PENGANTAR FALSAFAH. First assignment: Esei tokoh falsafah dan berblog . Setiap esei/assignment yang diberi perlu di copykan di blog terlebih dahulu. Wahhh ... excitednya ..  Pensyarah said " sekali kamu belajar mngenai falsafah pasti kamu takkan p ernah tinggalkannya . Tak Kenal Maka Tak CINTA , Bila dah kenal PASTI jatuh CINTA ". Sejujurnya , saya dah mula cintakan falsafah. Feeling awesome =)



Wednesday 10 September 2014

UKMSTUDENT

                                                Assalamualaikum pembaca sekalian  =)


Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya,

dapat lagi kita menghirup udara yang segar dan mengembara mencari ilmu , 

Selawat setia salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W 

kerana dengan jerih payah serta pengorbanan Baginda, 

Alhamdulillah pada hari ini kita dapat menikmati 2 nikmat yang terbesar iaitu nikmat

Iman dan Islam.

Setelah tamat debaran UPU . Maka 1/9 tarikh dinanti bagi bakal mahasiswa dan mahasiswi.


~I SEPTEMBER 2014 dalam sejarah~


Kini bergelar mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.


Pengembara ilmu dari Fakulti Pengajian Islam .

Jabatan Usuluddin Dan Falsafah (Hall of Philosopher) huhu

Pelajar esklusif Kolej Dato' Onn ( Pertama dalam Semua)


Semoga kehidupan di UKM mampu diharungi dengan tabah dan cekal .


Semoga UKM menjadi tempat di sini lahirnya sebuah CINTA .